Ulasan Liqa' Fiqri 30 Oct 2010

السلام عليكم شرحمة الله وبركته
ام بعد
Alhamdulillah, pada sabtu minggu lepas, atas usaha Ustaz Noraziz Mudakkir, Pemuda PAS puncak Alam dapat menganjurkan satu program liqa' fiqri yang disampaikan oleh ulama Muda kita Ustaz Hairul Nizam Mat Husain. Program ini, alhamdulilah mendapat sambutan yang menggalakan dari pejuang-pejuang PAS puncak Alam dan Kuala Selangor.

program ini berkisar atas tajuk memahami manhaj sebenar pejuangan PAS yang kita dokongi sekarang. Ustaz Hairul Nizam membawa kita menyelusuri sirah-sirah perjuangan Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda serta ulama-ulama selepasnya yang terkenal dengan ketegasan dalam melaksanakan Hukum-Hukum ISLAM.

Ustaz Hairul Nizam Membawa kisah tentang Sultanul Ulama' iaitu As-Syeikh Allamah Izzudin Abdus Salam yang begitu tegas ketika menjadi Ulama di suatu era kesultanan di Mesir dan Syria. Menceritakan Bagaimana ketika itu, Izzuddin Abdus Salam begitu tegas dalam khutbah di mimbar2 masjid menegur kesilapan Sultan dan Sebagainya. As-Syeikh Izzudin Abdus Salam bersama-sama seorang lagi ulama besar iaitu Ibnu Hajib Almaliki telah bangun menyuarakan pendapat tentang sultan yang membuat tindakan yang menyalahi syara'.

Permulaan Perbincangan, Ustaz Hairul Nizam membawa kita kepada memahami Konsep khilafiah dari sudut dalil Quran dan Ilmu khulafa yang dikupas oleh ulama dahulu dan terkini.

Apa yang menarik ialah tentang Tulisan Dr Abdul razak As-Sanahuri yang lebih dikenali sebagai Abu Qanun pada awal kurun ke 20 hingga pertengahan kurun ke 20.
Beliau telah menghasilkan tulisan tentang Fiqhu Khalifah dalam bahasa perancis Ketika berada Di University of Lyon. Buku ini diterjemahkan anak Perempuan dan Menantunya ke dalam bahasa Arab. Dr Nadiah Abdul razak As-Sanahuri dan suaminya Dr Taufiq Syawi.
Dan Ustaz Hairul berkesempatan bertemu dengan Dr Taufiq Syawi di Mesir.

----info sumber: http://ar.wikipedia.org/wiki/عبد_الرازق_السنهوري

Dr Abdul razak Membahagikan System Islam (khalifah) kepada TIGA iaitu:

1- سلطة التشرعية: HAK Hukum Hakam
2-سلطة القضاءية: Hak Perwakilan Kepimpinan (mirip parlimen)
3-سلطة تنفظية: Hak Pelaksanaan ( Executive)

Daripada Tiga elemen ini, elemen Satu, sultoh attasyriiah, hanyalah Hak Milik Mutlak ALLAH dan rasulNya, Manusia tidak dapat mengubahnya..
Walaubagaimanapun untuk elemen 2 dan 3, ini terserah kepada kebijaksanaan Manusia untuk menilai selagi tiada melanggari elemen 1 .

Daripada Kefahaman Ini.. Ciri Utama Negeri ISLAM ialah Negara Yang mempunyai سلطة آلتشرعيةsebagai perlembagaan utama Negaranya. Undang Yang paling tinggi dari segalanya.
Maka mengikut pertimbangan ini.. Malaysia bukan lagi negara ISLAM mahupun Negara Mesir sekalipun.

Terang As-Syeikh Taufiq As-Syawi semasa pertemuan dengan Ustaz Hairul Nizam, Khilafah Islamiah yang terakhir ialah Kerajaan Uthmaniah. selepas itu belum ada lagi yang benar-benar menepati Ciri-Ciri Negara ISLAM..
Khalifah2 dulu atau Sultan Dulu, walaupun Zalim, mereka masih lagi menetapkan Hukum ALLAH sebagai perlembagaan tertinggi mereka. Dan system khalifah ini dibahgai lagi kepada dua iaitu:

1-خليفة الرشيدة:System Khalifah Yang Tulen: Zaman Sahabat Nabi sehingga Saidina Ali Karamallahuwajhah

2-خليفة النا قصة:Khalifah yang Tak tulen sperti system monarchy dan sebagainya.

Maka dengan ulasan ini, moga-moga kita semua dapat mengingatkan kembali ilmu-ilmu yang telah disampaikan dan menjadi hujah kita sebagai penguat dalam perjuangan ISLAM..


الله اكبر الله اكبر الله اكبر


Aktiviti Cawangan: Sumbangan Kemasyarakatan

السلام عليكم
ام بعد
Alhamdulillah.. Hari ini Atas beberapa inisiatif beberapa orang ahli, PAS cawangan Puncak Alam fasa 2 telah mengunjungi jemaah kita, Saudara Ramli (ayam) sebagai satu program kemasyarakatan dan memanjangkan ukhuwah antara jemaah surau dan saudara sesama ISLAM. PAS PA fasa2 menyumbangkan sedikit sumbangan untuk mngurangkan beban kepada saudara kita ini. Semoga usaha ini dapat membantu sedikit dan meningkatkan lagi syiar ISLAM diantara jemaah kita dan sebagainya.
Harapan Kita semoga kita terus menjuarai dalam menjaga kebajikan masyarakat dan jemaah dan seterusnya meneruskan usaha dakwah dalam pelbagai bentuk..

ALLAHUAKBAR!!!

Isu Semasa; IFF dan Komen Ulama Muda Fathul Bari

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
ام بعد
Alhamdulilah, ALLAH memberi kesempatan masa kepada saya untuk menulis dalam blog ini dan menghiasi blog ini dengan maklumat2 terbaru.
Baru- baru ini kita dikejutkan dengan ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) yang merosakkan IMEJ ISLAM. IFF ini dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Sri Rosmah Mansor.
Maka sebagai orang yang peka terhadap kesucian ISLAM, kita merasakan perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku bagi seorang Pemimpin ISLAM.
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak reaksi dari pihak-pihak lain terutama pembangkang supaya perkara ini dititik beratkan dan Pemimpin-pemimpin Negara kita mengambil iktibar dari pertiwa ini.

Namun... Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang komen atau Hujah Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya yang mewakili UMNO Arau dalam Mengupas isu ini. Terutama dalam menyalahkan Pihak yang cuba membuat teguran terbuka terhadap pimpinan Negara.
di bawah ini adalah sedutan video dari perhimpunan tersebut:




Apa yang perlu saya kata dalam isu ini untuk difikirkan bersama-sama..
marilah Kita melihat intipati 3 ayat di bawah: iaitu At-taubah (23-24) dan Al-Mujadalah (ayat 22):

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُوٓاْ ءَابَآءَكُمۡ وَإِخۡوَٲنَكُمۡ أَوۡلِيَآءَ إِنِ ٱسۡتَحَبُّواْ ٱلۡڪُفۡرَ عَلَى ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٣) قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (23) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Attaubah)

لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٢٢)٢٢
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. / (22)

(Al_mujadalah)

Daripada Dua ayat ini jelas, Menegaskan, orang-orang beriman tidak akan mengambil pemimpin2 di kalangan orang yang condong kepada Kekufuran daripada Keimanan.
Persoalan Pertama.. Kepada Siapa Ulama UMNO memberi atau Mengakui Kepimpinan??
Persoalan kedua.. Pemimpin UMNO condong kepada apa? perkataan (الكفر) merangkumi semua dosa kecil dan maksiat.. mengikut pemakaian? amalan? Condong kepada Keimanan atau Kekufuran??

Persoalan Ketiga... Adakah Selari perbuatan Kita dengan TIGA Ayat INI??

Fikir-fikirkanlah dengan Hati dan Akal Yang Beriman..

الله اكبر..الله اكبر..الله اكبر...

CERGAS KEMBALI

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
ام بعد
Alhamdulilah.. setelah diserah tugas oleh Unit IT dan Cawangan PAS Puncak Alam Fasa 2. InsyaAllah blog ini akan sentiasa dikemas kini dan memberi maklumat setempat secara khusus di samping mengupas isu-isu semasa dari kaca mata cawangan PAS puncak Alam 2.

Di samping Mengupas Isu-isu semasa, perbincangan ilmiah ilmu-ilmu agama akan turut disediakan supaya ahli-ahli PAS cawangan Puncak Alam Fasa 2 ini dapat mengambil manfaat serta turut bersama meningkatkan kualiti dan kuantiti ilmu dalam melengkapkan diri sebagai Mujahid ISLAM.

Sebagai Mujahid ISLAM, adalah amat penting, mengetahui maqasid dan Manhaj yang diambil dalam perjuangan Ini. Perjuangan PAS yang kita junjung ini adalah perjuangan yang Mewarisi perjuangan Rasulullah SAW. Yang Mana, Harus difahami, dasar kita ialah Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.

Akhir kata pada siri kembali Cergas ini..

ALLAHUAKBAR!!!