Inintro: AQIDAH SEBAGAI TUNGGAK PERJUANGAN

article dari blog: http://rujuqkembali.blogspot.com/

السلام عليكم ورحمةالله وبركته
بسم الله الرحمن الرحيم
Syukur, dapat ana mengemaskini blog ini setelah lama berehat. Coretan kali ini lebih kepada mahu membicarakan Soal Aqidah dalam kehidupan kita secara umum dan Khususnya dalam Perjuangan.
Sebelum berbicara soal kehidupan.. perlu kita faham kenapa Kita Dijadikan oleh ALLAH. Dan ini Diterangkan Oleh ALLAH dalam dua ayat Al-Quran ini:


وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-baqarah:30)

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ٥٦ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Azzariat:56)

Mafhum dari Dua ayat Ini , Kita dijadikan oleh ALLAH SWT adalah untuk menjadi Khalifah Di muka bumi ini yang menjadi Hamba kepada ALLAH. Apabila ALLAH menyuruh kita menyembahnya, maka seharusnya segala apa yang kita buat haruslah dalam lingkungan perintah seorang Malik kepada mamluknya(hamba).. Walaupun setinggi mana taraf hamba ketika di Dunia ini, kita masih hamba kepada yang memiliki Alam ini.


Dan Dalam solat yang wajib kita seharian sebanyak 17 rakaat itu, kita sering mengulangi bacaan Al-fatihah yang mengandungi di dalamnya, tauhid Uluhiah, tauhid rububiah dan ubudiah kepada ALLAH dalam setiap perkara yang Menjadi Hakim di hari Pembalasan.


PERJUANGAN
Dalam Kita mengimpikan berjuang di dalam perjuangan menegakkan ADDIN ini.. seharusnya kita faham akan tujuannya. Bagaimana memahami perjuangan ini??
Maka harus kita melihat kepada Al-Quran dan Perjuangan Rasulullah SAW.. Kita lihat apa intipati perjuangan Nabi MUhammad SAW?..
Perjuangan Rasulullah SAW adalah menyambung perjuangan Rasul-rasul terdahulu seperti yang tercatat dalam surah HUD. tidak lain tidak bukan ialah Dua Perkara

١. ان اعبدوا الله
٢. اجتنبوا الطغوت
1. Menghambakan diri kepada ALLAh
2. Menjauhi taghut.

Maka secara kesimpulannya.. perjuangan harakiah ISLAMIAH yang diwarisi dari rasul-rasul dahulu sehingga Khatamul Nabi Rasulullah SAW ialah Perjuangan Menegakkan Tauhid yakni mengesakan ALLAH dan Kufur Kepada taghut.

Kembali Aktif

السلامعليكم ورحمة الله وبركته
الحمد الله نحمده ونستغفره و نعوذ من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا
Syukur Kepada ALLAH, kerana setelah lama tidak menulis dan mengemaskini blog ini, saya berpeluang untuk melakukannya kali ini. Sebenarnya, tiada alasan yang patut saya berikan atas kelekaan ini. Mohon maaf kepada sahabat-sahabat atas kekurangan ini.

Sebenarnya telah banyak aktiviti disusun sama ada oleh cawangan atau Dewan pemuda untuk menyemarakkan aktiviti PAS di sekitar puncak Alam ini terutama bagi Fasa 2 Puncak Alam.

Program Tarbawi

1.Siri Daurah (kursus) Kefahaman Perjuangan ISLAM yang dipimpin Oleh Al Fadhil Ustaz Riduan Ismail sudah kepada 7 siri yang mana pada perjumpaan terakhir membicarakan Pada Tajuk JIHAD Dalam ISLAM.

2. Dewan Pemuda Puncak Alam Juga telah berjaya menyediakan satu siri tarbawi terbaru yang dipimpin Oleh ustaz Fadli Ghani (pengarang buku: Ulama dalam Sorotan perjuangan Kemerdekaan) yang diterbitkan oleh MHI Publication. Siri ini lebih menekankan kepada kefahaman asas melalui sirah dan sejarah perjuangan daripada zaman Rasulullah sehingga kepada penubuhan PAS dan seterusnya kepada aplikasi di zaman sekarang ini.

3. program Daurah dijadualkan setiap Khamis malam Jumaat Minggu KeEmpat
manakala anjuran pemuda pada Ahad Malam Isnin minggu Kedua.

Perkembangan Sekarang

Bermula sekarang, semua jentera PAS seharusnya menumpukan kepada muhasabah gerak kerja Plihanraya yang dijangka akan diadakan pada tahun ini. Mana-mana gerak kerja yang belum digerakkan hendaklah digerakkan segera..
masa sekarang, walaupun dalam serba kekurangan , bukan masa mencari salah orang dan menyesali masa lampau. marilah Kita terus bekerja ke arah Kemenangan ISLAM




Penutup

Saya rasa cukup setakat ini update kali ini. semoga saya diberi kesempatan dan ketenangan dalam masa-masa akan datang